Friday, March 28, 2008

Khasiat Pokok Pegaga



Pokok pegaga dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai ulam yang enak dan banyak khasiat. Ulam ini biasanya tumbuh liar dan mudah didapati dengan harga yang murah , sebab itulah ia sangat popular di kalangan penduduk kampung.
Masyarakat bandar pula , lebih-lebih lagi generasi muda melayu, kurang mengenalinya, kerana mereka ini lebih terdedah kepada makanan ala-barat.Maka tidak hairanlah jika mereka tidak tahu khasiat pegaga ini.


1) Pegaga adalah salah satu tumbuhan ulam yang amat popular dan sering di makan sebagai sayur untuk penambah selera makan.
2) Pegaga yang tumbuh secara menjalar itu boleh ditemui dicelah-celah rumput di tanah yang subur dan bersaliran baik. Tetapi ada ketikanya ia ditanam dihalaman rumah.
3) Pegaga ini dimakan mentah pada asasnya sekadar sebagai penambah selera, bahkan untuk membaiki penghadaman dan merawat buasir.
4) Selain itu air perahan nya juga di minum sebagai tonik menyihatkan badan , menyejukkan badan , menyembuhkan lelah, demam, masalah hati, cirit birit berdarah dan masalah buah pinggang.
5) Air perahannya juga sering digunakan secara luaran untuk membersihkan dan menyembuhkan kudis, ulser, luka dan masalah kulit.

Wednesday, March 19, 2008


TIMUN


Timun begitu mudah didapati di negara kita. Timun sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat ulam. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Daun timun yang muda juga sesuai untuk dijadikan ulam samaada dimakan mentah ataupun dicelur. Timun yang masak jika dimakan mentah dipercayai untuk merawat penyakit sampu pucat, iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan. Berdasarkan rawatan tradisional, timun juga berkesan untuk mengubat penyakit disenteri, iaitu keluar darah semasa membuang air kecil.

JERING

Nama sains bagi jering ialah Pithecellobium jiringa. Jering tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam. Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak jering boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing. Jering juga dikatakan dapat mengubat penyakit kencing manis dan menurut kajian sains sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.

ULAM RAJA


Ulam raja mudah hidup subur di laman-laman rumah. Ia merupakan sejenis ulam yang amat sesuai dimakan mentah. Berdasarkan kajian sains ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat. Ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin A. Oleh kerana kandungan kalsium yang tinggi ulam raja dikatakan sesuai sebagai makanan bagi menguatkan tulang. Ulam raja juga sesuai sebagai agen pencuci darah.

Tuesday, March 18, 2008

Khasiat Ulam-ulaman


Petai


Buah petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal. Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain.

Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah. Selain mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis, masyarakat Melayu juga percaya bahawa buah petai juga berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang dan untuk mengubat kanak-kanak yang kecacingan.

Bunga Tahi Ayam


Khasiat


Oleh kerana baunya yang agak busuk, nama bunga tahi ayam dipilih sebagai pengenalan kepada pokok ini bagi masyarakat tempatan. Nama sains bagi pokok ini ialah Lantana camara. Pokok ini senang ditanam dan mudah dijaga. Menurut kajian daun bunga tahi ayam mengandungi sejenis minyak (sineol) yang senang meruap dan senang meresap dalam udara. Minyak ini juga mempunyai rasa seperti daun pudina. Minyak yang terhasil ini juga amat berkesan untuk mengeluarkan lendir dan kahak daripada penyakit asma. Lendir yang menghalang saluran pernafasan dapat dikeluarkan dengan menghidu bau yang terhasil dari ramasan atau tumbukan daun yang telah dijemur sehingga setengah kering. Daun pokok bunga tahi ayam juga boleh mengurangkan bengkak akibat daripada infeksi kuman. Ini disebabkan oleh kandungan turpineol (minyak atsiri yang bersifat antiseptik yang boleh membunuh kuman) dan furfurol (bersifat fungisida yang berkesan merawat penyakit kulit yang diakibatkan oleh kulat) di dalamnya. Daunnya perlu ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang sakit.

BUNGA RAYA



Nama sains bagi bunga raya ialah Hibiscus rosa sinensis. Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut.