Friday, March 28, 2008

Khasiat Pokok Pegaga



Pokok pegaga dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai ulam yang enak dan banyak khasiat. Ulam ini biasanya tumbuh liar dan mudah didapati dengan harga yang murah , sebab itulah ia sangat popular di kalangan penduduk kampung.
Masyarakat bandar pula , lebih-lebih lagi generasi muda melayu, kurang mengenalinya, kerana mereka ini lebih terdedah kepada makanan ala-barat.Maka tidak hairanlah jika mereka tidak tahu khasiat pegaga ini.


1) Pegaga adalah salah satu tumbuhan ulam yang amat popular dan sering di makan sebagai sayur untuk penambah selera makan.
2) Pegaga yang tumbuh secara menjalar itu boleh ditemui dicelah-celah rumput di tanah yang subur dan bersaliran baik. Tetapi ada ketikanya ia ditanam dihalaman rumah.
3) Pegaga ini dimakan mentah pada asasnya sekadar sebagai penambah selera, bahkan untuk membaiki penghadaman dan merawat buasir.
4) Selain itu air perahan nya juga di minum sebagai tonik menyihatkan badan , menyejukkan badan , menyembuhkan lelah, demam, masalah hati, cirit birit berdarah dan masalah buah pinggang.
5) Air perahannya juga sering digunakan secara luaran untuk membersihkan dan menyembuhkan kudis, ulser, luka dan masalah kulit.

Wednesday, March 19, 2008


TIMUN


Timun begitu mudah didapati di negara kita. Timun sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat ulam. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Daun timun yang muda juga sesuai untuk dijadikan ulam samaada dimakan mentah ataupun dicelur. Timun yang masak jika dimakan mentah dipercayai untuk merawat penyakit sampu pucat, iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan. Berdasarkan rawatan tradisional, timun juga berkesan untuk mengubat penyakit disenteri, iaitu keluar darah semasa membuang air kecil.

JERING

Nama sains bagi jering ialah Pithecellobium jiringa. Jering tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam. Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak jering boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing. Jering juga dikatakan dapat mengubat penyakit kencing manis dan menurut kajian sains sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.

ULAM RAJA


Ulam raja mudah hidup subur di laman-laman rumah. Ia merupakan sejenis ulam yang amat sesuai dimakan mentah. Berdasarkan kajian sains ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat. Ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin A. Oleh kerana kandungan kalsium yang tinggi ulam raja dikatakan sesuai sebagai makanan bagi menguatkan tulang. Ulam raja juga sesuai sebagai agen pencuci darah.

Tuesday, March 18, 2008

Khasiat Ulam-ulaman


Petai


Buah petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal. Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain.

Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah. Selain mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis, masyarakat Melayu juga percaya bahawa buah petai juga berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang dan untuk mengubat kanak-kanak yang kecacingan.

Bunga Tahi Ayam


Khasiat


Oleh kerana baunya yang agak busuk, nama bunga tahi ayam dipilih sebagai pengenalan kepada pokok ini bagi masyarakat tempatan. Nama sains bagi pokok ini ialah Lantana camara. Pokok ini senang ditanam dan mudah dijaga. Menurut kajian daun bunga tahi ayam mengandungi sejenis minyak (sineol) yang senang meruap dan senang meresap dalam udara. Minyak ini juga mempunyai rasa seperti daun pudina. Minyak yang terhasil ini juga amat berkesan untuk mengeluarkan lendir dan kahak daripada penyakit asma. Lendir yang menghalang saluran pernafasan dapat dikeluarkan dengan menghidu bau yang terhasil dari ramasan atau tumbukan daun yang telah dijemur sehingga setengah kering. Daun pokok bunga tahi ayam juga boleh mengurangkan bengkak akibat daripada infeksi kuman. Ini disebabkan oleh kandungan turpineol (minyak atsiri yang bersifat antiseptik yang boleh membunuh kuman) dan furfurol (bersifat fungisida yang berkesan merawat penyakit kulit yang diakibatkan oleh kulat) di dalamnya. Daunnya perlu ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang sakit.

BUNGA RAYA



Nama sains bagi bunga raya ialah Hibiscus rosa sinensis. Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut.

Tujuan Pendidikan Seks


1) Memberikan pengertian yang memadai mengenai perubahan fizik, mental & proses kematangan emosional yang berkaitan masalah seksual pada remaja.


2) Bentuk sikap & memberkan pengertian terhadap seks dalam semua manifestasi yang bervariasi.


3) Beri pengertian bahawa kepuasan pada individu & kehidupan keluarga.

Masyarakat diancam gejala seksual yang tidak sihat.


Realitinya, masyarakat kini sedang berhadapan dengan bahaya dan ancaman baru disebabkan perkembangan serta gejala seksual yang tidak sihat. Peranan keluarga dan ibubapa pada dekat ini lebih mencabar khususnya dari segi menangani masalah serta gejala seksual yang membabitkan ahli keluarga termasuk anak kecil dan remaja. Keluarga perlu berhati-hati di rumah kerana remaja dapat melayari laman web yang memberikan peluang untuk mencapai laman web lucah dalam bilik.

Membentuk Keluarga Bahagia


5 garis panduan utama dalam mendidik anak-anak:

- Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak mereka.
- Membudayakan anak-anak dengan ilmu pengetahuan.
- Mendisiplinkan anak-anak dengan hidup yang sihat dan sempurna.
- Meningkatkan pengetahuan keibubapaan dari semasa ke semasa.
- Menjadikan diri sebagai contoh terbaik kepada anak-anak.

Thursday, March 13, 2008

Kepentingan Alam Sekitar


- Kesihatan manusia terjamin.

- Tarikan pelancong asing.

- Pembekalan udara yang segar.

- Ekosistem yang stabil.

- Habitat hidupan darat dan air terpelihara.

- Mengelakkan kepupusan.

Kesan-kesan terhadap alam sekitar


- Pencemaran udara dan jerebu.

- Fenomena hujan asid.

- Pencemaran bau.

- Pencemaran air.

- Kemusnahan hidupan akuatik.

- Peningkatan suhu sekirar.

- Keracunan.

- Hakisan tanah dan banjir.

- Kesihatan terjejas.

Punca- punca berlaku pencemaran alam sekitar


- Penggunaan baja kimia secara berlebihan.

- Penebangan pokok-pokok secara berleluasa.

- Pembakaran terbuka.

- Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida , sulfur oksida hidrokarbon dan lain-lain.

- Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk.

- Pembuangan sisa-sisa toksik.

Cara-cara untuk menarik golongan pelajar agar mencintai alam semulajadi


Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, geografi & lukisan seperti ekosistem hutan, ekosistem sungai, video terumbu karang karang dan sebagainya, selain pendedahan tentang isu-isu alam sekitar yang terkini.

Selain itu, Eco Camp ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama & toleransi melalui aktiviti berkumpulan serta menerapkan nilai-nilai rendah diri melalui aktiviti seperti jurit malam dan cintai sungai kita.

Beberapa program juga telah dijalankan antaranya ceramah alam sekitar & mini bengkel. Salah satu program yang menarik minat ialah audit alam sekitar yang memberikan peluang pelajar menerapkan konsep 5 R (Rethink, Reduce, Reuse, Repair dan Recycle) dalam aktiviti kumpulan. ia lebih menekankan kepada bagaimana pelajar dapat memainkan peranan mengamalkan penjimatan tenaga secara berkesan.

Pemuliharaan Alam Sekitar


Pemeliharaan alam semulajadi amat penting. contohnya kerajaan memberikan tumpuan bukan sahaja kepada kepesatan pembangunan tetapi juga kepada aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan agar negeri ini terus aman. Banyak fakta telah membuktikan pencemaran berpunca daripada musim. Misalnya penanaman semula selepas aktiviti pembalakan, menanam pelbagai tumbuhan untuk mengindahkan halaman rumah, tidak membunuh binatang liar untuk kepentingan diri semata-mata serta tidakmelakukan pembakaran terbuka. Kita boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam, contoh mengadakan kempen mengindahkan alam, lawatan ke Taman Negara dan sebagainya