Ambil beberapa hari untuk merekodkan keadaan kesihatan terkini anda. Rekodkan di dalam diari maklumat-makumat seperti berat badan, saiz pinggang dan peratus lemak. Info-info tersebut amat berguna untuk membantu mengingatkan anda mengapa anda bersungguh-sungguh mahu lebih fit. Ia sangat berguna terutama ketika anda berasa bosan, letih, sibuk dan cuba mencari alasan untuk tidak melakukan rutin kecergasan anda. Ia akan mengingatkan anda kenapa “fit dan cergas” menjadi matlamat anda.
2) Lakukan secara serius.
Fahami bahawa anda merancang untuk mengubah perasaan anda terhadap kehidupan. Fahami juga bahawa kejayaan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dan ia perlu dilaksanakan dengan lebih serius. Tetapi, dalam masa yang sama, fahami bahawa hanya ini satu-satunya cara terbaik untuk mencapai matlamat anda. Perlahan- lahan, cuba terapikan di dalam kehidupan anda dan dari situ anda akan sedari bahawa anda sudah mengalami banyak cabaran dan dugaan yang lebih besar yang perlu anda tangani dengan baik.
3) Tentukan matlamat jangka pendek dan mudah dicapai.
Dalam hal ini, ramai yang membuat kesilapan besar. Mereka tentukan matlamat yang terlalu panjang dan sukar untuk dicapai. Cara terbaik untuk melakukannya adalah menentukan matlamat yang mudah untuk dicapai dalam jangka masa yang pendek di samping matlamat jangka panjang. Matlamat jangka pendek sangat berguna jika anda mahu menurunkan berat badan dengan cara berlari ke atas treadmill selama 5 minit seiap kali. Jadi, setiap kali anda dapat mencapai matlamat anda, anda akan berasa lebih gembira dan tenang. Faktor inilah yang akan membuatkan anda lebih bersemangat dan seronok untuk melakukan lebih lagi di masa akan datang.
4) Dapatkan nasihat.
Bila anda bermula, akan ada yang cuba memberikan anda tip-tip bagaimana anda dapat melakukannya. Anda mungkin berasa teruja dan percaya dengan maklumat yamg diberi. Tetapi, awas‼ tanpa sebarang kepakaran atau pengetahuan yang tepat bagaimana untuk melakukan latihan senaman dengan betul, anda mungkin akan melakukan latihan yang bercampur aduk. Anda menjadi keliru dan akhirnya latihan yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang anda harapkan. Oleh itu, pastikan anda mendapat jurulatih yang diiktiraf dan arif bidang ini. Belajar rutin-rutin kecergasan dengan cara yang teratur dan betul. Fahami mengapa latihan-latihan tersebut dilakukan dan apa tujuannya. Ini akan memberikan anda keyakinan terhadap apa yang anda sedang lakukan. Sekurang-kurangnya anda tahu anda berada di landasan yang tepat sedari awal lagi.
5) Fahami ini adalah perubahan.
Gaya hidup sihat dan cergas bukanlah hanya tertumpu pada latihan beban dan juga larian. Percaya di dalam diri anda hasil latihan yang anda lakukan adalah sama dengan latihan yang anda lakukan di gym. Kekalkan diet seimbang dan elakkan daripada melakukan perkara yang boleh memudaratkan kesihatan anda seperti mengambil minuman keras atau makan dengan mengikut nafsu. Jangan malu untuk beritahu orang lain bahawa anda sedang cuba mengubah gaya hidup anda kepada gaya hidup sihat. Jangan lupa untuk menikmati tidur malam yang berkualiti dan mencukupi.
6) Mendalami
Jika anda ingin menjadikan gaya hidup cergas sebagai sebahagian daripada hidup anda, cuba ambil tahu dengan lebih mendalam lagi. Caranya, anda boleh belajar melalui majalah-majalah kesihatan dan kecergasan, program tv, internet dan sebagainya. Pupuk tabiat mahu belajar dengan lebih mendalam berkenaan dengan kesihatan dan kecergasan di dalam kehidupan. Pergi ke kedai-kedai buku dan belilah buku-buku berkenaan kesihatan dan kecergasan yang menarik minat anda. Jadikan sikap suka bertanya kepada jurulatih kecergasan sebagai tabiat. Jika anda mempunyai persoalan, jangan malu bertanya. Jika anda serius, tampalkan artikel ini di peti sejuk anda atau pun di dalam diari anda. Bacalah setiap kali anda berasa putus asa.
Tips sihat atasi tekanan & konflik jiwa
1) Luahkan perasaan kepada orang terdekat atau kepada individu yang kamu percayai. 2) Lupakan masalah untuk seketika. Baca buku, menonton televisyen atau bersukan. Atasi masalah itu segera jika emosi dan mental kembali tenang. 3) Kawal kemarahan dengan hobi. Berkebun, bersukan atau berjalan-jalan adalah antara hobi yang boleh membantu mengendurkan tekanan. 4) Elak bebankan diri dengan melakukan banyak tugasan dalam satu masa. 5) Jangan meletakkan diri kamu pada tahap “terlalu sempurna”. 6) Luangkan masa bersantai dengan keluarga untuk beriadah.
Ruangan titipan kasih
Kasih ayah memang tidak berbelah bagi dan kasih ibu pula juga membawa kita ke syurga. Ayah dan ibu sering melahirkan rasa kasihnya dalam apa juga situasi. Mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan di sebalik setiap pengorbanan yang diberikan tetapi sebagai anak, kita kadangkala lupa untuk menghargai ayah ibu yang membawa kita ke dunia ini.
Demi ibu
Ibu… Ibu…engkaulah ratu hatiku Bila kuberduka Engkau hiburkan selalu Ibu…ibu…engkaulah ratu hatiku Terlena seketika menghayati lirik lagu nyanyian Tan Sri P Ramlee ini Ibu Sesungguhnya aku amat menyayangimu Aku ingin menjadi anak yang soleh Aku berjanji tidak akan menyakiti hatimu Walau sebenar kuman sekali pun Ibu Kau menjagaku sebenar tapak tangan hinggalah kan aku dewasa Mengasuh, mendidik dengan kesusahan dan kepayahan ibu Kini kau sudah uzur meniti hari-hari tua Dan ketika ini aku ingat akan janjiku walau kesusahan sekalipun Aku akan menjagamu hingga ke akhir hayat Aku akan membalas jasamu yang tak ternilai harganya Sesungguhnya aku amat menyayangimu hingga ke akhir hayat Dan bahawasanya aku akan mengambilkan kesempatan ini untuk berbakti kepadamu… Dan yang terakhir sekali,pesananku untuk kalian semua Janganlah mempersiakan orang tua kita Sementara mereka masih ada di dunia ini Mengertilah kalian semua sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu…
No comments:
Post a Comment